Pages

Thursday, 18 October 2012

TAMAN INSPIRASI JUARA DI SEKOLAH



Pertandingan Rekaan Grafik Taman Inspirasi Juara di Sekolah

Syarat-syarat Penyertaan:
1. Warganegara Malaysia, tiada had umur. Dari pelajar tadika hingga umur maksimum.
2. Mestilah menggunakan gambar taman yang disediakan. Di edit dengan Photoshop dll software.
3. Hadiah tempat Pertama ialah RM100, tempat Kedua ialah RM80 dan tempat Ketiga ialah RM60.
4. Hantarkan Grafik rekaan email cikguzaiful(at)gmail.com atau PM ke fb http://www.facebook.com/zaiful1 
5. Tuliskan nama dan nombor h/p anda untuk dihubungi jika menjadi pemenang.
6. Rekaan grafik taman mestilah menurut objektif yang di nyatakan seperti di bawah.
7. Tarikh akhir penyertaan pada 1/11/12 dilanjutkan hingga 31/12/12
8. Keputusan hakim adalah muktamad.
9. Sebarang pertanyaan hubungi Cikgu Zaiful 0133293028.



PROJEK TAMAN INSPIRASI JUARA

PENGENALAN

Projek Taman Inspirasi Juara adalah untuk dibina di sekolah. Ianya boleh memberikan banyak manfaat kepada para pelajar dengan info berbentuk perkataan, simbol, arca dan sebagainya yang merangsang minda dan psikologi pelajar ke arah kejayaan dan kecemerlangan dalam akademik dan kehidupan seharian mereka.

Taman Inspirasi Juara juga membantu menambahkan keindahan kawasan persekitaran sekolah. Kawasan strategik yang selalu dilalui dan dilihat oleh pelajar adalah lokasi yang seharusnya memberikan suatu info bermanfaat kepada minda dan psikologi para pelajar untuk menjadi insan yang berguna kepada diri mereka sendiri, ibubapa, keluarga, masyarakat dan negara Malaysia yang bertuah ini.

Taman Inspirasi Juara mampu menerapkan nilai-nilai yang berkaitan dengan kejayaan dan kecemerlangan dalam segala bidang kehidupan dari info-info yang dipamerkan di taman ini. Perkataan JUARA sendiri melambangkan suatu pencapaian tertinggi dalam sesuatu pertandingan. Maka perkataan JUARA sebagai lambang kepada nilai-nilai hebat yang perlu diketahui, diterapkan dan seterusnya menjadi amalan dalam kehidupan para pelajar. Nilai-nilai ini mampu diterapkan dan melekat dalam minda dan diri para pelajar apabila dilihat dan dibaca selalu setiap hari di sekolah.

OBJEKTIF TAMAN INSPIRASI JUARA 

1.  Menerapkan nilai-nilai kejayaan dan kecemerlangan dalam minda dan diri para pelajar agar menjadi insan yang berjaya dalam kehidupan seterusnya menyumbang kepada kemajuan masyarakat dan negara. 

2. Meningkatkan keceriaan dan keindahan kawasan persekitaran sekolah untuk suasana pembelajaran yang lebih kondusif.

3.Melahirkan pemenang-pemenang pingat emas kejohanan dunia dalam bidang sukan,

RASIONAL TAMAN INSPIRASI JUARA

  1. Sekolah merupakan institusi pendidikan yang berperanan mendidik dan melahirkan insan insan yang berjaya dalam kehidupan dengan menerapkan nilai nilai yang mendorong ke arah kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan akhirat.
  2. Setiap insan yang berjaya dalam bidang tertentu dikenalpasti mempunyai nilai-nilai hebat dalam diri mereka yang menjadi amalan dalam pekerjaan, perniagaan dan aktiviti kehidupan seharian.
 Lagi gambar taman di http://www.facebook.com/media/set/?set=a.2452731694693.68911.1744075552&type=1&l=1f8e043a96

Peserta boleh buat search contoh-contoh taman yang menarik di internet 

Masukkan papan tanda untuk nilai-nilai hebat/juara, arca atau simbol berkaitan dan apa saja yang boleh memberi inspirasi apabila pelajar melihat taman tersebut.










SELAMAT BERJAYA

Wednesday, 10 October 2012

ANALISA PERCUBAAN KIMIA SPM 2012 KERTAS 2 DAN 3 ANTARA NEGERI




ANALISA PERCUBAAN KIMIA KERTAS 2 DAN 3 SPM 2012 ANTARA NEGERI

Bagaimana nak gunakan analisa ini???
Setiap tajuk yang di soal dalam setiap negeri, apa yang disoal? apa fakta? dan cara menjawab yang pelajar perlu ada? dan telah 100% bersedia?...

pelajar juga boleh guna analisa ini untuk mengukur persediaan diri dengan cara begini :
1. apa soalan yang mungkin boleh mengurangkan markah saya? apa yang di soal bagi tajuk berkenaan?...jika saya belum cukup fakta tajuk yang disoal?... baca lagi.. tanya guru..

2. pelajar boleh jadikan analisa ini untuk menyediakan semua fakta yang disoal...kuasai juga tajuk yang sama dari bab tersebut..contohnya ada soalan kadar tindakbalas berkenaan faktor kepekatan... kuasai atau hafal fakta dan eksperimen berkenaan kadar t/b faktor suhu, mangkin, saiz bahan..., begitu juga dengan tajuk-tajuk lain..

3. akhirnya analisa ini bagus juga  untuk meningkatkan keyakinan pelajar semasa menjawab dalam dewan peperiksaan..

SELAMAT BERJAYA
GENGGAM TARGET ANDA!!! YEAAHHH!!! 


Analisa Antara Negeri 2012 Percubaan Kimia