Permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2014 secara online. Majlis
Amanah Rakyat mempelawa calon PMR yang layak untuk mengikuti program
Maktab Rendah Sains Mara mulai tahun 2014. Berikut adalah cara
permohonan bagi MRSM Semenanjung Malaysia dan juga Sabah/ Sarawak. Untuk
pengetahuan, syarat kelayakan kemasukan ke MRSM bagi Sabah/ Sarawak dan
Semenanjung adalah berbeza.
Permohonan MRSM Tingkatan 4 2014 (Semenanjung Malaysia)
Syarat Umum Kemasukan MRSM Tingkatan 4 Semenanjung Malaysia
1.
Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar
bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah
Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
2.
Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia
tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
3.
Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2013 di Sekolah
Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam
subjek Matematik dan subjek Sains
Cara Buat Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2014 (Semenanjung Malaysia)
1.
Pemohon boleh mendapatkan kata laluan secara percuma di Pejabat MARA
Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA mulai 29
September hingga 18 Oktober 2013.
2. Pemohon boleh mengisi borang permohonan secara online mulai tarikh tersebut dilaman
http://www.mara.gov.my/
3.
Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Percubaan
PMR 2013 yang disahkan benar serta angka giliran PMR 2013, semasa
mendapatkan kata laluan.
4. Pemohon
mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan
secara online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online.
5. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ke alamat seperti di bawah:
(Permohonan Ke Tingkatan 4 Tahun 2014)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah,
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR
Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM)
1. Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh antara 25 hingga 29 Nov 2013.
2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan secara online.
NOTA:
1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah
2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan.
5. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.
Syarat Kelayakan Minimum MRSM 2014 Semenanjung Malaysia
1.
Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan
tiada gred C, D atau E bagi subjek teras dalam PMR tahun 2013.
2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM
Tarikh Tutup permohonan MRSM Tingkatan 4 Semenanjung Malaysia
1. Tarikh tutup adalah pada 18 Oktober 2013.
2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan selewat-lewatnya pada 25 Oktober 2013.
3. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2014. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga
30 April 2014 permohonan anda dianggap tidak berjaya.
Permohonan MRSM Tingkatan 4 2014 (Sabah Dan Sarawak)
Berikut adalah cara permohonan kemasukan MRSM Tingktan 4 2014 bagi Sabah dan Sarawak.
Syarat Kelayakan MRSM Tingkatan 4 2014 Sabah Dan Sarawak
1. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Sabah dan Sarawak.
2. Mendapat sekurang-kurangnya 5A 3B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi subjek teras dalam PMR.
3. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Sabah dan Sarawak dan pelajar
bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah
Menengah Kebangsaan) di Sabah dan Sarawak.
4. Pelajar yang sedang
menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh
Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan
tidak akan ditawarkan ke MRSM.
Cara Mohon MRSM 2014 Tingkatan 4 Sabah Dan Sarawak
1.
Pemohon boleh mendapatkan kata laluan di semua Pejabat MARA Negeri,
Pejabat MARA Daerah dan Maktab Rendah Sains MARA yang berdekatan pada
waktu pejabat pada hari keputusan PMR diumumkan secara rasmi.
2.
Sila bawa salinan kad pengenalan serta keputusan PMR, yang disahkan
benar, semasa mendapatkan kata laluan. Borang permohonan boleh
didapatkan dilaman
http://www.mara.gov.my/
3.
Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang
permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara
online.
4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat di bawah:
(Permohonan Ke Tingkatan 4)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah,
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.