Permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik (SMT) Dan Kolej
Vokasional (KV) 2014 secara online. Menerusi portal rasmi Kementerian
Pendidikan Malaysia, sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan ke Kolej
Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT), boleh dibuat di Laman
Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula pada 17 September
2013 (Selasa) sehingga 25 Disember 2013 (Ahad).
Untuk membuat permohonan, sila layari
http://apps.moe.gov.my/esptv/kvsptv_2013/ atau
http://www.moe.gov.my/ mulai 17 September 2013.
Syarat Umum
- Pemohon
mestilah warganegara Malaysia. Berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki
peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2013.
- Telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2013.
- Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
- Bebas
dari penyakit seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis,
alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang
boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja
kursus dan kerja amali.
- Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.
Syarat Khusus Akademik PMR
- Aliran Teknikal – Minimum B semua 8 mata pelajaran dalam peperiksaan PMR
- Aliran Vokasional – Pencapaian sederhana dalam peperiksaan percubaan PMR
- Aliran Kemahiran – Pencapaian rendah dalam peperiksaan percubaan PMR
- Kolej Vokasional – Pencapaian baik dalam peperiksaan percubaan PMR
Tarikh Tutup Permohonan
Calon perlu membuat permohonan sebelum 25 Disember 2013. Permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan.
No comments:
Post a Comment