Pertandingan Rekaan Grafik Taman Inspirasi Juara di Sekolah
Syarat-syarat Penyertaan:
1. Warganegara Malaysia, tiada had umur. Dari pelajar tadika hingga umur maksimum.
2. Mestilah menggunakan gambar taman yang disediakan. Di edit dengan Photoshop dll software.
3. Hadiah tempat Pertama ialah RM100, tempat Kedua ialah RM80 dan tempat Ketiga ialah RM60.
4. Hantarkan Grafik rekaan email cikguzaiful(at)gmail.com atau PM ke fb http://www.facebook.com/zaiful1
5. Tuliskan nama dan nombor h/p anda untuk dihubungi jika menjadi pemenang.
6. Rekaan grafik taman mestilah menurut objektif yang di nyatakan seperti di bawah.
7. Tarikh akhir penyertaan
8. Keputusan hakim adalah muktamad.
9. Sebarang pertanyaan hubungi Cikgu Zaiful 0133293028.
PROJEK TAMAN INSPIRASI JUARA
PENGENALAN
Projek Taman Inspirasi Juara adalah untuk dibina di sekolah.
Ianya boleh memberikan banyak manfaat kepada para pelajar dengan info berbentuk
perkataan, simbol, arca dan sebagainya yang merangsang minda dan psikologi pelajar
ke arah kejayaan dan kecemerlangan dalam akademik dan kehidupan seharian
mereka.
Taman Inspirasi Juara juga membantu menambahkan keindahan
kawasan persekitaran sekolah. Kawasan strategik yang selalu dilalui dan dilihat
oleh pelajar adalah lokasi yang seharusnya memberikan suatu info bermanfaat
kepada minda dan psikologi para pelajar untuk menjadi insan yang berguna kepada
diri mereka sendiri, ibubapa, keluarga, masyarakat dan negara Malaysia yang
bertuah ini.
Taman Inspirasi Juara mampu menerapkan nilai-nilai yang
berkaitan dengan kejayaan dan kecemerlangan dalam segala bidang kehidupan dari
info-info yang dipamerkan di taman ini. Perkataan JUARA sendiri melambangkan
suatu pencapaian tertinggi dalam sesuatu pertandingan. Maka perkataan JUARA
sebagai lambang kepada nilai-nilai hebat yang perlu diketahui, diterapkan dan
seterusnya menjadi amalan dalam kehidupan para pelajar. Nilai-nilai ini mampu
diterapkan dan melekat dalam minda dan diri para pelajar apabila dilihat dan
dibaca selalu setiap hari di sekolah.
OBJEKTIF TAMAN INSPIRASI JUARA
1. Menerapkan nilai-nilai kejayaan dan kecemerlangan dalam minda dan diri para pelajar agar menjadi insan yang berjaya dalam kehidupan seterusnya menyumbang kepada kemajuan masyarakat dan negara.
2. Meningkatkan keceriaan dan keindahan kawasan persekitaran sekolah untuk suasana pembelajaran yang lebih kondusif.
3.Melahirkan pemenang-pemenang pingat emas kejohanan dunia dalam bidang sukan,
1. Menerapkan nilai-nilai kejayaan dan kecemerlangan dalam minda dan diri para pelajar agar menjadi insan yang berjaya dalam kehidupan seterusnya menyumbang kepada kemajuan masyarakat dan negara.
2. Meningkatkan keceriaan dan keindahan kawasan persekitaran sekolah untuk suasana pembelajaran yang lebih kondusif.
3.Melahirkan pemenang-pemenang pingat emas kejohanan dunia dalam bidang sukan,
RASIONAL TAMAN INSPIRASI JUARA
- Sekolah merupakan institusi pendidikan yang berperanan mendidik dan melahirkan insan insan yang berjaya dalam kehidupan dengan menerapkan nilai nilai yang mendorong ke arah kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan akhirat.
- Setiap insan yang berjaya dalam bidang tertentu dikenalpasti mempunyai nilai-nilai hebat dalam diri mereka yang menjadi amalan dalam pekerjaan, perniagaan dan aktiviti kehidupan seharian.
Peserta boleh buat search contoh-contoh taman yang menarik di internet
Masukkan papan tanda untuk nilai-nilai hebat/juara, arca atau simbol berkaitan dan apa saja yang boleh memberi inspirasi apabila pelajar melihat taman tersebut.
SELAMAT BERJAYA
nice cikgu..kat mana sekolah nie..mcm sekolah saya je..:)
ReplyDeletePerfect land scape, how to hire to the person who made it? thanks for visiting my blog http://pakitong.blogspot.com
ReplyDelete